Skip to main content

PUNCA ISU

APAKAH PUNCA KEPADA ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA?

PUNCA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)



     1) Permintaan tenaga buruh yang meningkat
         Menurut Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang (2014), kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita adalah disebabkan permintaan terhadap tenaga buruh yang meningkat dan keadaan ini telah mengubah struktur pasaran tenaga buruh secara signifikan. Ramai majikan yang lebih mengutamakan pendatang luar daripada tenaga rakyat tempatan tersendiri atas faktor penerimaan gaji yang minimum. Jika majikan mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja mereka, mereka perlu mengikut kadar gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu minimum RM1500 berbanding jika mereka mengambil tenaga pekerja dari pendatang asing. Bahkan, sesetengah sektor seperti restoran, hotel, pembantu rumah, pembantu jualan dan pekerja keselamatan juga telah dikuasai oleh pekerja asing, yang sepatutnya dapat diisi oleh pekerja tempatan (AHM Zehadul et al., 1999). Memandangkan negara kita adalah sebuah negara yang membangun dan dalam proses untuk menuju ke arah negara maju, negara kita membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat termasuklah pendatang dari luar. Secara tidak langsung, ramai masyarakat dari negara luar mengambil peluang ini dan menyeludup ke negara kita. Jadi, isu pendatang asing tanpa izin (PATI) semakin tidak terkawal seiring dengan perkembangan dna kemajuan ekonomi negara kita. 

  PUNCA PEMERDAGANGAN MANUSIA

1) Mangsa menyembunyikan identiti mangsa sebagai mangsa



 
        Berdasarkan maklumat yang kami perolehi dairpada penceramah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antiipenyeludupan Migrain 2007 (pindaan 2010) ATIPSOM Secara Atas Talian pada tarikh 28 Mac 2023, Tuan Syarul menyatakan bahawa isu pemerdagangan manusia boleh berlaku apabila mangsa sanggup menyembunyikan identiti sebagai mangsa. Hal ini sama ada mangsa telah diugut bunuh atau diancam keselamatan keluarga mereka. Jika mangsa melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, keselamatan diri dan keluarga mereka akan tergugat menyebabkan mereka lebih rela mendiamkan diri. Dalam kajian sebelum ini yang telah dijalankan oleh Michele (2003) ada menemui kesan tentang perasaan ketakutan dan malu terhadap mangsa iaitu mangsa yang pulang ke negara asal mereka merasa takut dan malu untuk mengakui dan menerima hakikat bahawa mereka telah menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Jadi, pelbagai tekanan juga menjadi faktor mangsa tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana takut akan penerimaan dan pandangan masyarakat terhadap diri mereka apabila diketahui bahawa mereka pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Trauma yang mereka hadapi bukan sahaja melibatkan fizikal semata-mata tetapi termasuk juga dari segi psikologi dan mental. 

2) Faktor ekonomi mangsa



      Pemerdagangan manusia berpunca daripada faktor ekonomi mangsa. Hal ini kerana terdapat mangsa yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia atas faktor ditipu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di luar negara. Jadi, mereka menerima tawaran yang ditawarkan oleh orang asing atas desakan ekonomi untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Menurut Shiela (2016), Malaysia dikenali sebagai negara sumber dan transit bagi wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk tujuan eksploitasi seks komersial dan perhambaan domestik. Dalam kes ini, wanita telah dipaksa untuk bekerja dalam menjadi pelacur atau pekerja seks dalam pusat karaoke, pub, rumah urut dan sebagainya manakala kanak-kanak kebiasannya jatuh ke lembah kehambaan seperti meminta sedekah, menjadi tukang urut, tukang cuci, pengedar dadah dan perdagangan organ. Berdasarkan kes baru-baru ini, seorang remaja lelaki yang berumur 19 tahun didapati menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang mana remaja tersebut sebenarnya mendapat peluang pekerjaan di Kuala Lumpur, tetapi perkara ini berakhir dengan kebimbangan apabila remaja tersebut didapati berada di Lay Kay Kaw, Myanmar. Terdapat juga kes yang lain yang melibatkan seorang wanita yang bertubuh gempal disuntik sejenis ubat dan dipaksa makan ubat kurus sehingga turun berat badan sebelum dijadikan pelacur. Ibu kepada mangsa mendakwa bahawa anaknya diseksa dengan renjatan elektrik, darahnya diambil dan berkemungkinan organnya pula akan dijual. Hal ini kerana wanita yang cantik akan dijadikan sebagai pelacur, manakala yang gempal akan disuntik menjadi kurus atau organnya akan dijual. Malah, mangsa turut memberitahu bahawa seramai 50 orang rakyat Malaysia yang tiba di sana selepas itu. Sementara itu, seorang ibu mangsa lain mendakwa anak lelakinya yang berusia 29 tahun diculik di Bangkok sebelum disuntik dengan dadah sehingga pengsan dan diseludup di Myanmar. Didapati bahawa anaknya terpedaya dengan tawaran pekerjaan sebagai jurubahasa di Facebook dan pergi ke Bangkok melalui jalan yang sah dan apabila dia sedar, dia sudah berada di KK Park (Myanmar) dan dipaksa bekerja sebagai scammer untuk menipu orang Asia Tenggara pada siang serta menipu rakyat asing terutamanya warga China di Amerika Syarikat. Berdasarkan kes yang telah dibincangkan, jelaslah bahawa desakan ekonomi dalam mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan menjadi punca kepada jenayah pemerdagangan manusia. 

PUNCA PENDATANG ASING TANPA IZIN DAN PUNCA PEMERDAGANGAN MANUSIA







Penguatkuasaan negara lemah
Punca pemerdangan manusia adalah disebabkan penguatkuasaan negara yang lemah di sempadan menjadikan kegiatan ini semakin berleluasa. Setelah menemu bual salah seorang daripada Sarjan Dedektif xxx , beliau menyatakan bahawa isu pemerdagangan manusia terlalu susah untuk dibendung terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana terlalu banyak jalan-jalan tikus dan ketiadaan pagar sepanjang sepadan. Bukti temu bual ini telah menunjukkan bahawa penguatkuasaan negara yang lemah adalah berpunca dari aspek geografi yang mana kedudukan negara Malaysia adalah strategik dan sesuai untuk menjadi tempat transit. Berdasarkan kepada catatan Statistik Perdagangan Malaysai di peringkat Antarabangsa telah menunjukkan bahawa lebih 90 peratus perdagangan pada masa kini dikendalikan melalui jalan laut (Utusan Malaysia, 15 November 2007). Apabila jalan-jalan tikus atau sempadan negara tidak dapat dibendung sepnuhnya, kekurangan sekatan sempadan akan berlaku. Jadi, kurangnya sekatan di sempadan menyebabkan sesetengah kes yang berkenaan dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah berada dalam luaran sehingga PATI begitu mudah untuk menyeludup masuk melalui jalan-jalan tikus. Apabila pendatang asing tanpa izin (PATI) semakin berleluasa dalam negara, ia akan memudahkan mereka untuk menjalankan misi untuk memperdagangkan manusia. 

Jika dilihat dengan lebih mendalam, penguatkuasaan yang lemah adalah berkait rapat dengan masalah rasuah. Kegiatan rasuah yang semakin berleluasa menyumbang kepada peningkatan permasalahan isu pemerdagangan manusia. Buktinya, Sarjan Dedektif xxx sendiri menegaskan bahawa isu pemerdagangan manusia dan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) ini berkait rapat dengan kegiatan rasuah yang mana pihak berkepentingan menjalankan aktiviti membawa masuk dan keluar manusia dan PATI bebas melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan dan aktiviti mereka berjalan dengan lancar tanpa ditahan atau diambil tindakan oleh penguat kuasa keselamatan atua mana pihak-pihak yang berkaitan. Menurut Taqliacozzo (2005), penyeludupan dan unsur rasuah meskipun pada abad ke-19 melibatkan era penjajahan British dan Belanda di Asia Tenggara masih lagi relevan dan wujud hingga ke hari ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya berkata, “Pegawai penguat kuasa tidak bertanggungjawab menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut rasuah daripada warga asing dan masalah itu dilihat kronik.” Ramai yang berpendapat bahawa mereka boleh terlepas dari sistem hukuman. Jais Abdul Karim juga mengecam terdapat pegawai penguat kuasa yang meminta rasuah di sempadan negara untuk mempercepatkan proses keluar masuk bagi warga asing yang tinggal lebih masa, terlibat jenayah, disenaraihitamkan atau tidak memenuhi syarat kemasukan. Hal ini boleh berlaku kerana atas desakan ekonomi iaitu gaya hidup mewah, gaji yang rendah dan kos hidup yang tinggi. Menurut Laporan Trafficking in Person Report (2022), kerajaan telah menahan dan menyiasat kes rasuah yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia tetapi mereka tidak mendakwa ahupun menghukum pegawai kerajan ynag terlibat dalam aktiviti ini. Menurut laporan itu lagi, walaupun pihak berkuasa Malasia meneruskan usaha menangkap pegawai kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini, kekurangan bukti menjadi kekangan utama untuk mendakwa mereka di mahkamah. Hal ini menjadi faktor bahawa walaupun undang-undang Malaysia berkenaan dengan pihak yang terlibat dalam isu pemerdagangan manusia secara langsung dan tidak langsung diperketatkan, segelintir pihak masih berani bersekongkol dalam hal ini atas faktor gejala rasuah lagi-lagi jika melibatkan orang atasan kerana mereka boleh merasuahkan mahkamah daripada mendakwa atau menghukum mereka. Inilah menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia masih berlaku. 

 Jika dilihat dari sudut PATI pula, dalam ramai-ramai PATI yang menyeludup masuk ke negara kita, tidak mustahil ada di antara mereka merupakan agen kepada isu pemerdagangan manusia yang akan menggugat kepada keselamatan negara dan rakyat. Perkara ini pernah berlaku berkenaan dengan isu penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia suatu ketika dahulu. Didapati bahawa salah sebuah bot milik agensi keselamatan Malaysia tidak dapat membuat operasi di laut kerana kehabisan minyak disebabkan tindakan anak kapal atau anggota keselaamtan bot terbabit yang menjual minyak di laut kepada pihak tertentu (Wan Shawaluddin Wan Hassan., Amrullah Maraining & Ramli Dollah, 2020). Ketiadaan pasukan keselamatan yang mengawal masuk bot di jeti kawasan tersebut telah membuka peluang kepada pihak sindiket dalam menjalankan operasi penyeludupan. Perkara ini menjadi bukti bahawa kegiatan rasuah boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mereka mendapatkan wang tanpa mengira kesan buruk yang akan berlaku selepas itu. Apabila rasuah telah berlaku di kawasan sempadan, ia akan memudahkan proses pemerdagangan manusia berjalan dengan lancar sama ada negara Malaysia menjadi tempat transit atau menjadi negara destinasi 




Yakin terlepas hukuman punca penguat kuasa terus amal rasuah | Free Malaysia Today (FMT)

View of ISU PENYELUDUPAN DI PULAU SEBATIK, MALAYSIA (ums.edu.my)

https://www.bing.com/ck/a?!&&p=ad2761f762334b80JmltdHM9MTY4MDMwNzIwMCZpZ3VpZD0zZDU3NjU3My1jOGE3LTY4MmMtMTQzNS03NDYzYzkzMDY5OTgmaW5zaWQ9NTIzOA&ptn=3&hsh=3&fclid=3d576573-c8a7-682c-1435-7463c9306998&psq=isu+wanita+dibawa+ke+myanmar+&u=a1aHR0cHM6Ly93d3cudXR1c2FuLmNvbS5teS90ZXJraW5pLzIwMjEvMTEvaXN1LW15YW5tYXItbWFsYXlzaWEtbXVuZ2tpbi1kZXNhay11YmFoLXBvbGlzaS10aWRhay1jYW1wdXItdGFuZ2FuLw&ntb=1

Pemerdagangan_Seks_Wanita_di_Malaysia_PDF-libre.pdf (d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net)

https://www.bing.com/ck/a?!&&p=1c895159ab7721e7JmltdHM9MTY4MDMwNzIwMCZpZ3VpZD0zZDU3NjU3My1jOGE3LTY4MmMtMTQzNS03NDYzYzkzMDY5OTgmaW5zaWQ9NTE2Mg&ptn=3&hsh=3&fclid=3d576573-c8a7-682c-1435-7463c9306998&psq=isu+wanita+malaysia+dibawa+ke+myanmar+untuk+dijadikan+pelacur&u=a1aHR0cHM6Ly90aGVtZXJkZWthdGltZXMuY29tL25ld3MvMjAyMi8wOS9zaW5kaWtldC1wZWtlcmphYW4tbXlhbm1hci1tYW5nc2EtZ2VtcGFsLWRpc3VudGlrLWRpcGFrc2EtdGVsYW4tdWJhdC1rdXJ1cy11bnR1ay1qYWRpLXBlbGFjdXIv&ntb=1

View of Problems Pertaining to the Social and Legal Aspects of Illegal Immigrants in Malaysia (dbp.my)

50420-164304-1-SM.pdf (ukm.my)


 

Comments

Popular posts from this blog

PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

 APA ITU PEMERDAGANGAN MANUSIA? Pemerdagangan manusia dapat didefinisikan sebagai  segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang Penyeludupan migran  pula ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas.  (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007) Di s...

MAKLUMAT TAMBAHAN

MAKLUMAT TAMBAHAN DARIPADA PEGAWAI IMIGRESEN YANG DITEMU BUAL. MAKLUMAT 1: PEGAWAI IMIGRESEN XYZ (NAMA DIRAHSIAKAN) (CAWANGAN, LUNDU) Masalah utama berlakunya pemerdagangan manusia ialah disebabkan oleh wujudnya sindiket dan permintaan. Contohnya, apabila majikan yang tidak bertanggungjawab serta ingin lari daripada membayar cukai pekerja, mereka akan bekerjasama dengan sindiket untuk membawa masuk pekerja asing. Salah satu cara mereka untuk membawa pekerja ini dengan melalui sempadan yang telah dikawal oleh pelbagai agensi seperti imegresen, polis bahkan JPJ turut sama membantu dalam mengawal sempadan. Jadi persoalannya, bagaimana warga asing ini boleh melalui pemeriksaan pihak berkuasa tanpa ditahan? Menurut temu ramah yang kami jalankan, situasi ini berlaku apabila warga asing mempunyai passport yang sah untuk memasuki sempadan dan nama mereka tiada dalam senarai blacklist negara yang melarang mereka untuk memasuki sempadan. Oleh itu, pihak berkepentingan seperti Imigresen tiada hak...