Skip to main content

MAKLUMAT TAMBAHAN


MAKLUMAT TAMBAHAN DARIPADA PEGAWAI IMIGRESEN YANG DITEMU BUAL.

MAKLUMAT 1: PEGAWAI IMIGRESEN XYZ (NAMA DIRAHSIAKAN) (CAWANGAN, LUNDU)

Masalah utama berlakunya pemerdagangan manusia ialah disebabkan oleh wujudnya sindiket dan permintaan. Contohnya, apabila majikan yang tidak bertanggungjawab serta ingin lari daripada membayar cukai pekerja, mereka akan bekerjasama dengan sindiket untuk membawa masuk pekerja asing. Salah satu cara mereka untuk membawa pekerja ini dengan melalui sempadan yang telah dikawal oleh pelbagai agensi seperti imegresen, polis bahkan JPJ turut sama membantu dalam mengawal sempadan. Jadi persoalannya, bagaimana warga asing ini boleh melalui pemeriksaan pihak berkuasa tanpa ditahan? Menurut temu ramah yang kami jalankan, situasi ini berlaku apabila warga asing mempunyai passport yang sah untuk memasuki sempadan dan nama mereka tiada dalam senarai blacklist negara yang melarang mereka untuk memasuki sempadan. Oleh itu, pihak berkepentingan seperti Imigresen tiada hak untuk melarang mereka memasuki sempadan negara.  

Selain itu, terdapat juga keadaan dimana sistem kawalan kita tergendala atau “shut down” kerana kehilangan jaringan internet, mereka yang terdapat dalam senarai blacklist negara tidak dapat dikesan dan akan dibenarkan masuk sekiranya mempunyai passport. Situasi ini dapat membuktikan bahawa sistem yang dimiliki oleh kita sangat lemah dan sentiasa harus diperbaiki dari masa ke masa. Selain itu, terdapat juga agen sindiket yang bekerjasama antara negara. Contohnya, agen dari negara Indonesia bekerjasama dengan agen di Malaysia untuk membawa masuk pekerja warga asing atas permintaan majikan. Warga asing ini ditipu dengan hebahan bahawa negara kita memerlukan pekerja dan akan dibayar dengan gaji yang lumayan. Namun bagi melalui sempadan, mereka akan diberi taklimat terlebih dahulu soalan dan jawapan yang perlu mereka jawab agar dapat melalui pemeriksaan pihak berwajib. Terdapat diantara mereka yang ketika disoal “untuk apa datang ke sini” mereka akan menjawab “untuk melancong” dan mereka menjawab tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, mereka akan dibenarkan masuk tanpa disyak oleh pihak penguatkuasa. Akan tetapi, jika warga asing ini ragu-ragu atau memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan yang diajukan diatas, pihak Imigresen khususnya, mempunyai hak untuk tidak membenarkan mereka memasuki sempadan dengan alasan “NTL” iaitu Not To Land. Di samping itu, sistem kita yang lama tidak lagi digunakan seperti “Show Money” yang bertujuan untuk melihat adakah benar warga asing ini datang untuk melancong dengan wang yang dibawa. Kita tidak lagi menggunakan sistem ini dan sedikit sebanyak memudahkan kerja pihak sindiket.

Tambahan pula, Sarawak khususnya mempunyai keluasan negeri yang sangat besar dan tidak semua bahagian mempunyai penguatkuasa yang menjaga. Oleh itu, pihak sindiket yang sudah arif dengan selok belok negeri kita boleh menyeludup warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

Terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa pihak yang menjaga sempadan sering memakan wang haram iaitu rasuah. Tanpa mereka sedari pihak berkuasa sedaya upaya mengawal kemasukan warga asing ini, namun mereka tiada hak untuk melarang warga asing ini masuk sekiranya nama mereka tiada dalam blacklist. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang menjadi api dalam sekam, namun secara keseluruhannya perkara rahsuah ini agak sukar kerana pemeriksaan sempadan bukan hanya melalui pemeriksaan passport sahaja namun terdapat pelbagai proses lain yang harus mereka jalani dan setiap pegawai yang mengurus bahagian ini merupakan orang yang berbeza-beza dan terdapat lapan agensi yang berbeza. Jadi secara logik akalnya,  agak sukar untuk menyuap semua agensi ini dengan wang yang tidak seberapa.

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir pihak yang tingkah lakunya  mirip atau sama dengan peribahasa yang telah saya nyatakan diatas iaitu “api dalam sekam”. Tajuk berita yang disebarkan oleh Berita Awani ini sangat menyokong peribahasa yang telah saya utarakan tadi iaitu “5 pegawai imigresen, 4 ejen direman bantu seludup warga asing”. Berita ini baru sahaja disebarkan pada 24 Mac 2023, jam 4.45 petang yang menyatakan bahawa pihak imigresen di Tawau Sabah disyaki telah menerima suapan bernilai antara 100 ringgit hingga 3000 ringgit untuk seorang warga asing yang berjaya dibawa masuk melalui lapangan terbang dengan menggunakan kad pengenalan individu lain. Menurut berita ini, sindiket ini bermula sejak tahun 2021 membabitkan penyeludupan keluar PATI dari Sabah ke Semenanjung melalui lapangan terbang. Tekan Untuk Membaca Berita


MAKLUMAT 2: SARJAN ZYX (NAMA DIRAHSIAKAN) , CAWANGAN KHAS IPD LUNDU)


Maklum balas penuh :

1. Apakah pandangan anda terhadap isu pemerdagangan manusia dan PATI.

- Sepatutnya tidak berlaku isu yang membabitkan aktiviti pemerdagangan manusia dan PATI. Dari segi penguatkuasaan perlu tegas untuk mencegah berlakunya aktiviti seperti ini.

2. Adakah anda bersetuju dengan penyataan bahawa isu pemerdagangan manusia dan PATI ini berkait rapat dengan kegiatan rasuah. Justifikasikan jawapan anda. (Kalau ya, mengapa?/ Kalau tidak, mengapa?)

 - Ya bersetuju dengan penyataan bahawa isu pemerdagangan manusia dan PATI ini berkait rapat dengan kegiatan rasuah. Pihak yang berkepentingan untuk menjalankan aktiviti membawa masuk dan keluar manusia dan PATI akan melakukan apa saja, asalkan aktiviti mereka berjalan lancar tanpa ditahan oleh pihak penguat kuasa keselamatan atau oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

3. Berdasarkan pengalaman anda sebagai penguatkuasa undang-undang, apakah kesan isu pemerdagangan manusia ini dan PATI terhadap negara kita?

- pemerdagangan manusia ini dan PATI terhadap negara kita akan menimbulkan kesan serta impak yang besar kepada negara kerana.,.

i. Kebanjiran warga asing akan berlaku dan menjejaskan rakyat tempatan dalam mendapatkan perkerjaan

ii. Pihak syarikat dan tokey-tokey akan memberi bayaran/upah pekerjaan yang lebih murah berbanding rakyat tempatan, menutup peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

iii. Dari segi ekonomi akan berlaku aliran mata wang keluar negara dengan tidah sah.

iv. Negara akan diangap sebagai tempat penyeludupan manusia dan PATI untuk di perdagangankan ini akan mencermarkan imej sebuah negara tersebut.

v. Penguatkuasan undang-undang akan diangap lemah dan akan dikatakan berkalu rasuah dalam semua pihak penguat kuasa

vi. Masyarakat juga akan mengangapkan tiada ketegasan dalam menjalankan undang-undang keselamatan sehinga berlaku pembolosan yang mudah berlakunyan keluar atau masuk penyeludupan manusia dan PATI untuk di perdagangankan.

4. Bagaimanakah cara/inisiatif bagi kami sebagai seorang yang bakal guru untuk memberikan kesedaran isu pemerdagangan manusia dan PATI ini di peringkat sekolah kelak?

i. Mengingatkan masyarakat terutama golongan muda L /P agar tidak terpengaruh dengan apa yang ditawarkan oleh pihak syarikat atau individu...berhubung dengan tawaran pekerjaan...gaji yang lumayan, mudah mendapat/naik pangkat, kerja senang, tempat tingal selesa dan sebagainya.

ii. Sikap jangan cepat mudah percaya itu yang lebih penting.

iii. Selidik seblum membuat perjanjian    jangan mudah terpengaruh dan senang di pergunakan untuk melakukan pekerjaan yang kita pasti /tahu apa sebenarnya pekerjaan yang dilakukan.




 


 

Comments

Popular posts from this blog

PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

 APA ITU PEMERDAGANGAN MANUSIA? Pemerdagangan manusia dapat didefinisikan sebagai  segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang Penyeludupan migran  pula ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas.  (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007) Di s...

PUNCA ISU

APAKAH PUNCA KEPADA ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA? PUNCA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)      1) Permintaan tenaga buruh yang meningkat           Menurut Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang (2014), kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita adalah disebabkan permintaan terhadap tenaga buruh yang meningkat dan keadaan ini telah mengubah struktur pasaran tenaga buruh secara signifikan . Ramai majikan yang lebih mengutamakan pendatang luar daripada tenaga rakyat tempatan tersendiri atas faktor penerimaan gaji yang minimum. Jika majikan mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja mereka , mereka perlu mengikut kadar gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu minimum RM1500 berbanding jika mereka mengambil tenaga pekerja dari pendatang asing . Bahkan , sesetengah sektor seperti restoran , hotel, pembantu rumah , pembantu jualan dan pekerja keselamatan ...