Skip to main content

PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

 APA ITU PEMERDAGANGAN MANUSIA?

Pemerdagangan manusia dapat didefinisikan sebagai segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang

Penyeludupan migran pula ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007)

Di samping itu jugaPengeksploitan pemerdagangan manusia termasuklah memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain iaitu sebagai buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak pula, ekploitasi termasuklah untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.

Aktiviti pemerdagangan ini merupakan salah satu aktiviti yang paling banyak membawa keuntungan kepada seseorang individu, individu yang menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia ini bukan hanya melibatkan penjual dan pembeli sahja, tetapi merangkumi dari awal sehingga akhir aktiviti itu sendiri. Pihak yang tergolong bersubahat di dalam aktiviti pemerdagangan manusia ini adalah seperti orang lokal di dalam Negara kita sendiri. Contohnya, mereka menjadi agen untuk mencari orang orang dari kawasan pedalaman dan kawasan perkampungan dengan menjanjikan peluang pekerjaan serta gaji yang lumayan kepada mereka. Apabila mangsa sudah menerima tawaran tersebut, informasi-informasi serta data seperti sijil kelahiran dan IC mereka akan diambil oleh para agen tersebut.

Menurut Laporan Malaysiakini.com (2022), buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun Jabatan Negara Amerika Syarikat menilai usaha menghapuskan aktiviti pemerdagangan manusia, Malaysia kekal di peringkat terendah untuk 2 tahun berturut-turut. Malaysia yang merupakan ahli dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, telah kekal di tier 2 selama beberapa tahun sebelum turun ke tier yang terendah iaitu tier 3 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2022. Selain itu, Malaysia juga berkongsi kegagalan dalam memenuhi piawaian minimum mulai 2021, iaitu bersama-sama dengan 10 negara lain di dunia termasuk jiran-jiran Malaysia di Asia Timur dan rantau pasifik seperti China dan Myanmar.

Untuk pengetahuan semua, tier merupakan salah satu cara yang diwujudkan oleh Majlis Hak Asasi MAnusia Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu untuk melihat peringkat mana kedudukan sesebuah negara tersebut dalam menangani masalah-masalah pemerdagangan manusia tersebut, pemerdagangan manusia ini dapat dikategorikan kepada 3 tier iaitu tier yang pertama adalah kerajaan tersebut telah mematuhi sepenuhnya standard minimal TVPA yang telah ditetapkan. Selain itu, Tier kedua pula bererti kerajaan tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum TVPA, akan tetapi sesebuah negara itu sedang menunjukkan usahaka untuk menangani masalah tersebut. Untuk peringkat kedua terdapat beberapa bentuk iaitu tier 2 dan tier 2 watch list iaitu kerajaan tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum TVPA, akan tetapi mereka menunjukkan ysaha, tetapi masih masih gagal dalam memerangi aktiviti pemerdagangan manusia ini. Manakala tier yang terakhir pula iaitu tier ketiga. antara kriterian tier 3 adalah kerajaan tersebut tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum TVPA dan tidak membuat sebarang usaha dalam menangani masalah tersebut.


(Maklumat daripada Tuan Shahrul Azlin bin Wahiduddin, Penolong Pengarah Imigresen, Jabatan Imigresen Negeri Perak melalui Ceramah Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007(pindaan 2010) ATIPSOM Secara Atas Talian pada 20 Mac 2023) 

Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari IndonesiaNepalIndiaThailandChinaFilipinaBurmaKembojaBangladeshPakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.

Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia. 

Kebanyakan syarikat Malaysia yang merekrut tenaga buruh akan mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi lain dan diserahkan kepada majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. Ramai pekerja asing di ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. Perampasan pasport oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan membuka akaun bank bersama sebagai satu bentuk kawalan ke atas pekerja. Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. 

 Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan. Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. Ini menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang har

Pendatang asing tanpa izin (PATI), pendatang tanpa izin (PTI) atau pendatang haram merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi, contohnya memasuki negara, seperti Malaysia, tujuan tanpa permit, bukan dengan melalui pintu masuk utama (lorong tikus) dan diatur oleh sindiket pemerdagangan manusia. Ada di antara mereka juga memasuki Malaysia secara bersendirian, untuk melakukan tujuan yang meragukan, tanpa diatur oleh mana-mana pihak. Biasanya mereka akan berkumpul, melepak dan bergerak dalam jumlah yang agak besar di kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan kerana pihak berkuasa lambat bertindak, yang menyebabkan PATI 'kebal' daripada undang-undang. Selain itu, mereka juga tidak mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, misalnya ketika berada di Kuala Lumpur, kerana terbawa-bawa tabiat kotor dari negara mereka dengan membuang sampah merata-rata tempat, meludah di mana-mana, kencing merata-rata dan hal ini menyebabkan imej bandaraya tersebut tercalar, selain menyakiti mata pelancong dan meletihkan pekerja pembersihan.

Malaysia kini maju dan menjadi salah satu negara termoden di Asia Tenggara. Atas sebab itulah ramai PATI berhijrah dari negara asal ke Malaysia. Antara sebab-sebab faktor tarikan mereka datang ke negara ini adalah gaji yang lumayan, tawaran pekerjaan dan tempat tinggal yang sempurna. Kebanyakan mereka berasal dari Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Nepal dan Pakistan. Terdapat juga rakyat Afrika yang menjadi PATI berdasarkan berita-berita tempatan sejak sekian lama. Biasanya, mereka berasal dari Nigeria, namun ada juga yang datang dari negara Afrika lain seperti Afrika Selatan, Benin, Botswana, Ivory Coast, Kenya, Tanzania dan Uganda. Di Semenanjung Malaysia, Jalan Tun Tan Siew Sin menjadi tumpuan warga Bangladesh untuk melakukan aktiviti perniagaan dan hal ini membuatkan kawasan tersebut mendapat jolokan Little Dhaka. Warga Nepal pula biasanya bekerja sebagai pengawal keselamatan seperti yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya mereka dibenarkan berbuat demikian. Meskipun begitu, terdapat juga warga India dan Indonesia bekerja sebagai pengawal keselamatan dan diuruskan oleh syarikat pengawal keselamatan haram, sekaligus telah menyalahi peraturan khusus yang telah dibuat oleh KDN. Ada juga yang telah menjalinkan hubungan dengan warga tempatan dan menimbulkan keresahan pasangan warga tempatan kerana mereka cenderung untuk melakukan aktiviti maksiat dan rogol dan perbuatan ini adalah salah satu daripada beberapa tindakan seks luar tabii. Sebahagian daripada mereka mula fasih berbahasa Melayu kerana sudah lama menetap di negara ini.


 

Comments

Popular posts from this blog

PUNCA ISU

APAKAH PUNCA KEPADA ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA? PUNCA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)      1) Permintaan tenaga buruh yang meningkat           Menurut Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang (2014), kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita adalah disebabkan permintaan terhadap tenaga buruh yang meningkat dan keadaan ini telah mengubah struktur pasaran tenaga buruh secara signifikan . Ramai majikan yang lebih mengutamakan pendatang luar daripada tenaga rakyat tempatan tersendiri atas faktor penerimaan gaji yang minimum. Jika majikan mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja mereka , mereka perlu mengikut kadar gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu minimum RM1500 berbanding jika mereka mengambil tenaga pekerja dari pendatang asing . Bahkan , sesetengah sektor seperti restoran , hotel, pembantu rumah , pembantu jualan dan pekerja keselamatan ...

MAKLUMAT TAMBAHAN

MAKLUMAT TAMBAHAN DARIPADA PEGAWAI IMIGRESEN YANG DITEMU BUAL. MAKLUMAT 1: PEGAWAI IMIGRESEN XYZ (NAMA DIRAHSIAKAN) (CAWANGAN, LUNDU) Masalah utama berlakunya pemerdagangan manusia ialah disebabkan oleh wujudnya sindiket dan permintaan. Contohnya, apabila majikan yang tidak bertanggungjawab serta ingin lari daripada membayar cukai pekerja, mereka akan bekerjasama dengan sindiket untuk membawa masuk pekerja asing. Salah satu cara mereka untuk membawa pekerja ini dengan melalui sempadan yang telah dikawal oleh pelbagai agensi seperti imegresen, polis bahkan JPJ turut sama membantu dalam mengawal sempadan. Jadi persoalannya, bagaimana warga asing ini boleh melalui pemeriksaan pihak berkuasa tanpa ditahan? Menurut temu ramah yang kami jalankan, situasi ini berlaku apabila warga asing mempunyai passport yang sah untuk memasuki sempadan dan nama mereka tiada dalam senarai blacklist negara yang melarang mereka untuk memasuki sempadan. Oleh itu, pihak berkepentingan seperti Imigresen tiada hak...