Skip to main content

IMPLIKASI ISU

 


IMPLIKASI ISU INI TERHADAP PELBAGAI ASPEK 

DALAM NEGARA.


https://t.co/ZorD42o0xY?ssr=true


KESIHATAN

Kebanjiran pendatang asing turut dikaitkan dengan kewujudan penyakit-penyakit baharu yang berbahaya. Antara bukti yang dapat dikesan adalah menurut berita awani pada tarikh 12 ogos 2022 dimana Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa warga asing dari Afrika pu ca malaria berjangkit di Pulau Pinang. Kata beliau, "Itu kita kena pastikan… jalankan saringan kesihatan sebelum kita ambil pekerja luar. Kebanyakan jangkitan malaria yang dibawa masuk dari Afrika dan saringan kesihatan itu amat penting. Kita boleh kenal pasti di peringkat awal”.

Berdasarkan kata-kata daripada Ketua Pengarah Kesihatan, perkara ini terhalang kerana berdasarkan statistik yang diperolehi daripada berita awani pada tarikh 20 Oktober 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa sebanyak 2.1 juta pekerja asing bertapak di Malaysia sehingga Jun tahun lepas untuk mengisi peluang pekerjaan. Menurut statistik tersebut, agak sukar untuk para warga asing yang menetap di Malaysia ini membuat saringan kesihatan pada setiap masa tertentu atas sebab-sebab tertentu. Berkemungkinan bahawa ada warga asing yang belum memperbaharui pasport perjalanannya, mempunyai masalah dari segi kekangan masa dan paling utama adalah masalah kewangan. Untuk mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital di dalam negara ini terdapat caj perubatan dikenakan. Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, caj perubatan bagi warga asing adalah berbeza daripada warga tempatan.  Caj yang dikenakan adalah lebih tinggi dan mempunyai harga-harga tertentu mengikut jenis rawatan yang ditawarkan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu membuat pemeriksaan kesihatan walaupun mempunyai perlindungan daripada majikan. Ada juga yang belum memperbaharui pasport menyebabkan status mereka bertukar kepada PATI. Perkara ini akan lebih menyukarkan mereka untuk menerima rawatan. Apabila tidak menerima rawatan, maka berlaku penyebaran penyakit yang diperolehi sama ada daripada tempat asal mahupun kawasan persekitaran. Hal ini menambahkan lagi kerunsingan pihak kerajaan dan tempatan apabila kebanyakkan PATI ini tidak mempunyai vaksin boleh menyebabkan virus semakin tersebar di samping penempatan yang tidak bersih serta mampu mengundang penyakit-penyakit yang lain.



PERSEKITARAN

 Isu PATI juga turut menyumbang kepada penggunaan sumber alam yang tidak terkawal bagi tujuan pertanian, penempatan dan sebagainya. Keadaan ini akan menimbulkan isu kelestarian alam. 

Apabila bilangan pendatang asing di negara kita terlalu ramai, maka para PATI ini akan membuat penempatan mereka sendiri atau dengan istilah lainnya ialah penempatan haram dan menjejaskan kelestarian alam dengan menebang pokok-pokok di hutan dan menjadikan kawasan tersebut sebagai penempatan serta kawasan pertanian mereka. Misalnya seperti di dalam portal berita harian bertarikh 3 Mac 2023 yang lepas. Selepas sebulan penempatan haram warga asing di Nilai Spring di Nilai digempur pihak berkuasa, satu lagi penempatan haram ditemui iaitu di kawasan hutan berhampiran Bandar Ainsdale di sini dipercayai dibuka sejak beberapa tahun lalu. Penempatan haram yang terletak di kawasan berbukit dan mempunyai keluasan kira-kira dua padang bola itu dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam serbuan dilakukan jam 1 pagi pada Jumaat. Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, di lokasi terbabit, terdapat khemah-khemah didirikan yang dijadikan tempat persembunyian pendatang asing tanpa izin (PATI). 

Berdasarkan kenyataan berita tersebut jelaslah bahawa alam sekitar kita terjejas kerana PATI ini. Perkara ini bukan sahaja menyusahkan pihak berkuasa, malah jaminan keselamatan penduduk tempatan juga tergugat.

Selain itu, contoh yang lebih ketara adalah di negeri Sabah di mana negeri tersebut dipenuhi dengan PATI yang majoritinya datang dari negara FIlipina. Perkara ini diperolehi portal berita Malaysia Gazette di mana Seramai 542 orang tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 8, melalui Pelabuhan Sandakan, semalam. Kesemua mereka sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau, diusir menerusi laluan laut ke Pelabuhan Zamboanga City di Filipina. Sekiranya hal ini tidak dibendung, berkemungkinan Sabah akan didominasi oleh rakyat Filipina sepenuhnya. Perebutan kawasan mungkin akan timbul kembali kelak.

SOSIAL

Pendatang asing tanpa izin (PATI) juga memberikan impak kepada peningkatan masalah sosial dalam negara kita. Masalah jenayah mencuri, merompak, merogol, gangguan seksual dan lain-lain lagi sering kali berlaku dalam kalangan PATI kepada masyarakat setempat. Dipetik daripada akaun rasmi Twitter Imigresen Malaysia pada tahun 2019, sebanyak lebih 42,000 kes jenayah melibatkan warga asing direkod sejak 2016. Jumlah ini sudah cukup memberikan impak negatif yang besar kepada masyarakat kita. Penyeludupan dan pembekal dadah juga sangat berleluasa dalam kalangan pendatang asing kepada rakyat kita. Hal ini bertujuan untuk memperoleh pendapatan lebih secara pantas. Perkara ini semakin berleluasa apabila mereka maklum bahawa pihak berkuasa sukar untuk menjejaki kegiatan mereka kerana tiada dokumen serta data rasmi yang tercatat dalam rekod negara. Pada tahun 2019, Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Tawau menahan 2 wanita warga asing dan merampas dadah jenis Syabu seberat  251.10 Gram dengan anggaran 22 ribu- 500 ringgit dalam satu serbuan di Tawau. Pendatang asing yang di bawa masuk ke dalam negara juga bergiat aktif dalam bidang pelacuran di kelab-kelab malam haram. Perkara ini secara tidak langsung meruntuhkan akhlak dan moral rakyat apabila kegiatan ini membuana dalam kalangan masyarakat. Pelacuran ini kemudiaanya akan menyumbang kepada masalah penyebaran penyakit sepert HIV dan AIDS. 

Selain itu juga, pendatang asing memberikan cerminan masyarakat yang buruk apabila banyak daripada mereka melakukan kegiatan mengemis untuk memperolehi wang secara pantas dan mudah. Modus operasi pendatang asing ini adalah mengaku atau menyamar sebagai rakyat setempat untuk meraih simpati ketika mengemis. Masyarakat serta jabatan-jabatan kebajikan masyarakat seperti pihak zakat dan sebagainya terpalit imej buruk akibat daripada perkara ini kerana dianggap tidak peduli dan prihatin akan masalah yang menimpa pendatang asing ini sehingga perlu melakukan kegiatan mengemis. Seperti kes yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang wanita asing yang mengemis di bazar Ramadhan dengan bermodalkan mangkuk berwarna Merah Jambu Berjaya meraih RM 240 kurang daripada satu jam. ‘Scam’ dalam bentuk mengemis ini cukup memberikan kesan negatif dalam pelbagai sudut kepada masyarakat. 

Akhir sekali, pendatang asing sering kali meresikokan nyawa masyarakat apabila tidak sedikit daripada masyarakat kita diserang secara ganas sehingga tercedera dan mengalami trauma dalam kehidupan harian serta berlakunya penyebaran budaya asing dalam kalangan masyarakat. Isu ini boleh dilihat daripada salah satu kejadian di mana seorang peniaga durian cedera ditikam lelaki Mynmar https://t.co/2Io0LrYGnE?ssr=true .






EKONOMI



Pendatang asing tanpa izin (PATI) sangat mempengaruhi ekonomi negara. Kos perbelanjaan yang besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam menjalankan usaha penangkapan pendatang asing dalam negara sehingga menghantar semula mereka ke negara asal. Perbelanjaan makanan pendatang asing semasa berada di kem tahanan turut menjadi beban ekonomi kepada negara terutamanya apabila jumlah pendatang tanpa izin ini semakin meningkat kian harinya. Seterusnya, permintaan terhadap pendatang asing tanpa izin dalam negara sering kali menjalankan perniagaan seperti layaknya masyarakat setempat merampas sumber rezeki rakyat. Mereka berniaga tanpa adanya lesen permit mendatangkan amarah kepada para peniaga lokal kerana perkara ini jika diteruskan akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku serta memberi saingan terhadap produk tempatan. Antaranya adalah penjualan bahan yang bersubsidi ke pihak asing. Permintaan yang tinggi terhadap pendatang asing dalam sektor buruh sangat membimbangkan kerana perkara ini menjadi penghambat kepada rakyat kita untuk mendapatkan pekerjaan dan menyulitkan usaha kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kenaikan kadar upah dan pelbagai faedah yang layak diperolehi pekerja tempatan. Akhir sekali, penghantaran wang (remittance) ke negara asal hasil upah daripada pekerjaan yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin turut memberikan kerugian kepada negara. Hal ini kerana, perkara ini tidak dapat mengekalkan aliran wang dalam negara.





Comments

Popular posts from this blog

LATAR BELAKANG KURSUS GISC1082 & PBL

Kursus ini berfokus kepada implikasi isu konflik, ekonomi dan global terhadap Malaysia, cabaran-cabaran, dan langkah mengatasi serta masa depan Malaysia dalam konteks perkembangan revolusi industri semasa dan globalisasi. Rasional kursus ini ditawarkan bagi memberi pengetahuan kepada pelajar tentang isu-isu semasa dunia dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar-pelajar PISMP semasa Semester II. Hasil pembelajaran kursus: 1. Membincangkan isu-isu konflik dan ekonomi semasa serta implikasinya terhadap Malaysia (C5, A2, HP2, HP4, HP5, KKG2, KIK5) 2. Menganalisis isu-isu global dan cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia serta langkah-langkah menanganinya. (C4, HP2, KKG60 3. Menilai prospek Malaysia masa depan dalam kontrkd perkembangan Revolusi Industri semasa dan era globalisasi. (C5, A3, HP2. HP10, KKG7, KPK6) PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) Pembelajaran berasaskan masalah/ projek (PBL) adalah pedagogi berpusatkan pelajar di mana pel...

PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

 APA ITU PEMERDAGANGAN MANUSIA? Pemerdagangan manusia dapat didefinisikan sebagai  segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang Penyeludupan migran  pula ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas.  (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007) Di s...

PUNCA ISU

APAKAH PUNCA KEPADA ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA? PUNCA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)      1) Permintaan tenaga buruh yang meningkat           Menurut Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang (2014), kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita adalah disebabkan permintaan terhadap tenaga buruh yang meningkat dan keadaan ini telah mengubah struktur pasaran tenaga buruh secara signifikan . Ramai majikan yang lebih mengutamakan pendatang luar daripada tenaga rakyat tempatan tersendiri atas faktor penerimaan gaji yang minimum. Jika majikan mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja mereka , mereka perlu mengikut kadar gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu minimum RM1500 berbanding jika mereka mengambil tenaga pekerja dari pendatang asing . Bahkan , sesetengah sektor seperti restoran , hotel, pembantu rumah , pembantu jualan dan pekerja keselamatan ...