Skip to main content

CADANGAN PENYELESAIAN


 


CADANGAN PENYELESAIAN

1) Meningkatkan kawalan sistem pemeriksaan di sepadan denga menyediakan semua infrastruktur keselamatan ICT yang menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan yang disediakan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk menjamin kesinambungan urusan Kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan seperti sistem down sehingga tidak dapat mencari maklumat tentang data senarai nama senarai hitam(blacklist) yang dilarang untuk memasuki negara.

2) Pihak kerajaan boleh mengadakan program intervensi kesedaran tentang keburukan atau kemudaratan yang akan dihadapi negara jika populasi rakyatnya meningkat hasil daripada kemasukan pihak imigran yang akan mengambil hak warganegara Malaysia terutamanya dalam keperluan asas kehidupan rakyat yang telah disubsidikan seperti penggunaan minyak masak dalam kehidupan seharian.

3) Pihak berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerja-pekerja asing tanpa izin dengan mengadakan Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah agar dapat membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita.

4)Rakyat Malaysia perlulah mengamalkan prinsip Rukun Negara fokusnya yang ke-4 iaitu Kedaulatan Undang-undang kerana prinsip ini menuntut kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya sekali gus memelihara kedaulatan negara.

Perkara ini bermula dengan isu yang kecil sahaja. Misalnya penyeludupan makanan seperti lebih muatan, tidak berdaftar dan sebagainya. Namun tiada hukuman berat dikenakan kecuali bayaran hukuman. Selian itu, ada juga yang menggunakan alasan untuk melancong ke dalam negara kita untuk menambah stok makanan yang dianggap sukar didapati di negara mereka, untuk pergi makan angin, atas urusan rasmi dan sebagainya. Daripada perkara sekecil ini, tanpa disedari, hal ini menampakkan betapa lemahnya benteng kawalan di sempadan negara kita. Walaupun terdapat beberapa inisiatif telah dikemukakan seperti kerajaan Sarwak pernah meminta tembok atau pagar dibina di sempadan antara Malaysia-Indonesia dan menambah banyak lagi pos kawalan, namun masalah ketiadaan kekurangan tenaga elektrik menyukarkan pihak yang bekerja di sempadan. Mengapa smabungan tenaga elektrik penting walaupun telah dibekalkan dengan walkie talkie? Perkara ini penting kerana walkie talkie tersebut tidak akan selamanya hidup kerana sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik di kawasan hutan dalam. Apabila walkie talkie tersebut kehabisan bateri dan tiada sambungan elektrik, maka sukar untuk mereka berkomunikasi dengan pusat kawalan pos. Ketelusan sesebuah berita juga akan dapat direntas sekiranya pihak luar dapat memasuki frekuensi khas bagi mereka yang bekerja di pos kawalan dengan pusat kawalan.


Comments

Popular posts from this blog

LATAR BELAKANG KURSUS GISC1082 & PBL

Kursus ini berfokus kepada implikasi isu konflik, ekonomi dan global terhadap Malaysia, cabaran-cabaran, dan langkah mengatasi serta masa depan Malaysia dalam konteks perkembangan revolusi industri semasa dan globalisasi. Rasional kursus ini ditawarkan bagi memberi pengetahuan kepada pelajar tentang isu-isu semasa dunia dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar-pelajar PISMP semasa Semester II. Hasil pembelajaran kursus: 1. Membincangkan isu-isu konflik dan ekonomi semasa serta implikasinya terhadap Malaysia (C5, A2, HP2, HP4, HP5, KKG2, KIK5) 2. Menganalisis isu-isu global dan cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia serta langkah-langkah menanganinya. (C4, HP2, KKG60 3. Menilai prospek Malaysia masa depan dalam kontrkd perkembangan Revolusi Industri semasa dan era globalisasi. (C5, A3, HP2. HP10, KKG7, KPK6) PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) Pembelajaran berasaskan masalah/ projek (PBL) adalah pedagogi berpusatkan pelajar di mana pel...

PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

 APA ITU PEMERDAGANGAN MANUSIA? Pemerdagangan manusia dapat didefinisikan sebagai  segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang Penyeludupan migran  pula ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas.  (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007) Di s...

PUNCA ISU

APAKAH PUNCA KEPADA ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA? PUNCA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)      1) Permintaan tenaga buruh yang meningkat           Menurut Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang (2014), kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara kita adalah disebabkan permintaan terhadap tenaga buruh yang meningkat dan keadaan ini telah mengubah struktur pasaran tenaga buruh secara signifikan . Ramai majikan yang lebih mengutamakan pendatang luar daripada tenaga rakyat tempatan tersendiri atas faktor penerimaan gaji yang minimum. Jika majikan mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja mereka , mereka perlu mengikut kadar gaji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu minimum RM1500 berbanding jika mereka mengambil tenaga pekerja dari pendatang asing . Bahkan , sesetengah sektor seperti restoran , hotel, pembantu rumah , pembantu jualan dan pekerja keselamatan ...